Friday, September 11, 2009

Mengapa Aku Menulis...

mengapa aku memilih untuk menulis blog...
mengapa aku memilih untuk mencipta blog ini...
mengapa aku memilih untuk hasilkan semua ini...

berdasarkan teknologi semasa...

kalau dahulu aku sekadar menulis catatan aku di dalam sebuah buku (yang masih aku simpan hingga kini)...
kini, dengan wujudnya semua ini...
aku memilih untuk menulis di sini...
aku rasakan...
di sinilah tempat aku luahkan segala perasaan aku...
di sinilah aku luahkan segala masalah aku...
di sinilah aku lahirkan rasa sayang aku...
di sinilah segalanya bagi aku...

mengapa pula aku letak safwan6678...
kerana namaku safwan...
6678 adalah 4 nombor terakhir pada nombor telefonku...
yang telah aku sebatikan dalam diri aku..
yang takkan aku tukar...

apa yang aku tulis di sini...
antara yang telah terlintas di dalam benak kepalaku ini...
adalah tentang ketidak puasan hatiku terhadap beberapa isu politik...
pencarian cinta untuk diriku yang telah sekian lama aku cari, masih tak ku jumpai...
masalah yang aku hadapi...
dan apa saja yang aku rasa perlu aku ingati....
secara tulusnya...
tulisan di sini bukanlah untuk tatapan ramai...
(memang takkan ramai yang membacanya)
tetapi lebih kepada jurnal hidupku...
sehingga aku sudah malas menaip...

-safwan-

No comments:

Post a Comment