Fauzah, namanya ringkas...
aku kenali wanita ini di Kem 7 RRD Mentakab...
semasa menghadiri kem tahunan rejimen 515 askar wataniah...
tiba-tiba satu petang yang terik dan kering...
berdepan dengan markas batalion...
aku terpandang seorang pranita berbaju hijau no 4B lengkap...
senyum...
aku tegur dan sapaan ku berbalas satu senyuman...
aku suka senyuman itu...
itulah kali pertama aku kenali Fauzah...
dan kali itu jugalah aku suka melihat senyumannya...
suatu petang di medan...
ketika semua sedang membuat persiapan untuk membuat serangan akhir...
petang yang sudahpun menjemput bulan menandakan senja berlabuh...
menaiki 3 tan untuk kembali ke tapak parameter...
sekali lagi aku melihat dia....
menagis teresak-esak...
dengan muka yang merah hampir meletus sebuah kemarahan...
dan zikir dan tahmid yang diucap berulang-ulang...
terasa salah untuk menyapa...
terasa sombong sangat pula untuk terlalu mendiamkan diri...
aku memilih untuk menyapanya...
dan ia tamat begitu sahaja...
bila aku terasa lemah dan tak mampu berbuat apa-apa untuknya...
sekembalinya di kem 515 yang ketika itu di jalan ampang...
hari terakhir sebelum semua kami berangkat pulang ke rumah...
aku temuinya sekali lagi dengan senyuman...
sempat bertukar no telefon dan emel...
aku lihat di idnya...
"p###_j#84"...
tua dari aku rupanya...
entah agak terasa hancur juga hati membacanya...
tapi atas dasar sebuah persahabatan, aku layankan saja...
dari hari itu, wanita inilah teman aku di kala aku sedih atau marah...
sesekali malu pula dengannya...
terlalu banyak yang aku kongsikan dengannya....
tapi untuk seorang lelaki yang dahagakan kasih sayang seorang wanita...
aku rasa situasi ini memang sepatutnya aku duga...
hari ini...
petang tadi...
untuk sekadar bertanyakan khabar...
kerana aku rindukan suaranya...
aku dikejutkan dengan tulisannya...
dia berdepan dengan satu lagi masalah...
aku terasa tertampar...
sekali lagi aku tak mampu berbuat apa-apa...
betapa aku rasa kini...
aku sangat-sangat tak sesuai dengan wanita berkerjaya macam dia...
apapun...
doaku sentiasa bersamanya...
-safwan-
No comments:
Post a Comment