Friday, September 11, 2009

Siapa Aku...

ketika aku menulis tulisan ini...
aku masih lagi merupakan seorang guru pelatih...
masih lagi dalam sisa saki-baki usaha aku menamatkan pengajian...
mendapatkan segulung ijazah...
dengan pendidikan di sebuah institut pendidikan guru malaysia...
maka aku rasa aku boleh simpulkan aku seorang guru...

aku mula menjadi seorang pendidik kira-kira 4 tahun lepas...
aku mula berjinak sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah di kuantan...
tanah tumpah darahku...

aku lahir pada 26 ogos 1985...
tarikh itu juga bersamaan dengan 10 zulhijjah...
petang raya aidiladha...
kira-kira jam 6.32 petang (mengikut surat beranak aku)...

aku lahir dalam sebuah keluarga yang biasa...
ayahku telah bersara dari felda...
seorang pegawai kerajaan yang amat aku kagumi...
mak pula seorang suri rumah...
maka aku tidaklah dari keluarga yang kaya...
sekadar sekali-sekala aku berangan terbang sama tinggi dengan helang...
adalah....

aku pernah bersekolah rendah di banyak tempat...
sk selancar 2, sk padang piol, sk ppptr, sk palong 9...
sekolah menengah juga lebih dari satu...
smk palong 11, smk tengku abdullah, smk seri jengka....
semua gara-gara aku mengikut ibu bapaku hidup pindah randah...
maklumlah....
pegawai kerajaan...

aku membesar dalam suasana felda...
kebanyakan teman sepermainan aku semasa kecil dahulu adalah anak peneroka....
dan sedikit anak pegawai...
aku rasa aku selesa dalam golongan macam tu...

aku meminati muzik...
aku bermain gitar...
aku meminati filem...
aku tak dapat gambarkan apa lagi yang aku minat...
terlalu banyak minatku...

sekian tentang aku...

2 comments: